Sunday 11 December 2011

HURAIKAN PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS BERIKUT




1) DRABC
2) TOTAPS
3) RICE






DRABC




D- Danger -(scene size-up)-

Kenalpasti dulu jenis kejadian (kemalangan, letupan dan kebakaran,unsur2
jenayah, kejutan elektrik dll) adakah anda benar2 selamat untuk memberi bantuan?
R- Responce - Tahap kesedaran


A.V.P.U. alert-sedar sepenuhnya, verbal-buka mata atau sedar bila dipanggil, pain-sedar apabila disentuh(sakit), unresponsive-tiada tindakbalas langsung. Diingatkan jangan suka2 tampar pipi mangsa, tepuklah atas bahu atau tapak kaki(bayi) terutama mangsa perempuan jgn suka2 sentuh. jika tiada respon minta bantuan pasukan perubatan/ambulan.
A- Airway

Buka saluran pernafasan dgn head tilt chin lift, TETAPI mangsa kemalangan atau trauma dgn teknik jaw trust (prevent cervical injury)cegahgerak leher mangsa dgn menggunakan c/collar ata  inisiatif lain dgn kotak,paper dll terutama mangsa yg tidak sedar, kalau sedar bolehlah tanya mangsa atau tidak perlu pakai.
B- breathing

Lihat turun naik dada, dengar hembusan melalui telinga dan rasa pernafasan dgn pipi(look,listen & feel) jika tiada beri dua hembusan yg berjaya,kalau tidak berjaya periksa mulut kalau ada benda atau bendalir lain. jika ada nafas,tukar posisi mangsa mengiring, kalau mangsa kemalangan jangan sekali-kali tukar posisi sembarangan.    
   C- circulation

Periksa nadi (denyutan jantung) di leher (karotid) jika tiada mulakan tekanan dada. selain itu melalui denyutan nadi boleh mengetahui keadaan normal atau abnormal kecedaraan atau situasi mangsa ketika itu melalui denyutan kadar laju/perlahan/kuat/lemah/tidak sekata denyutan itu. kadar rehat normal dewasa- 60-80 denyut seminit. hentikan sertamerta pendarahan serius seperti arteri(memancut ikut rentak jantung n bewarna merah terang) pendarahan meleleh n mengalir perlahan adalah keutamaan kedua. tapi JANGAN guna teknik ikat/jerut (tornique) pada luka pendarahan gunakan teknik balut dan tinggikan


********************************************************************************************


T.O.T.A.P.S


= Talk (Bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak !

= Observe (Melihat Keadaan)
Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa

T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

= Active Movement (Pergerakan Aktif)
Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera
P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)
Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius

S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.
********************************************************************************************







RICE

  1. Rawatan:   RICE
  2. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
  3. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
  4. Balut tempat yang cedera [Compression]
  5. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
  6. Hantar ke hospital

Ketegangan Otot
Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat.  Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.
Rawatan:   RICE
Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.  Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang.  Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.  Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.
Rawatan:
1.    Berikan rawatan renjatan.
2.    Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3.    Jangan lakukan banyak pergerakan.
4.    Balut dengan  padding atau anduh di tempat yang cedera.
5.     Hantar segera ke hospital.













HURAIKAN DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS DAN CIRI-CIRI SEORANG AHLI PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan Cemas diklasifikasikan sebagai bantuan-bantuan permulaan atau rawatan sulungyang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang apa jua jenis kemalangan sebelumbantuan selanjutnya daripada perkhidmatan perubatan (EMS) atau doktor tiba.Tujuan pertolongan cemas ini diwujudkan adalah untuk menyelamatkan nyawa , menyediakanubat-ubatan, alat-alatan untuk melindungi mangsa yang cedera, memberi pertolongan kepadamangsa yang cedera atau yang memerlukan rawatan, menghadkan kesan-kesan kecederaan,melindungi dan mengurangkan kecederaan mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku danmenggalakkan pemulihan.



CIRI-CIRI BAGI SEORANG AHLI PERTOLONGAN CEMAS YANG BAIK DAN MAHIR




1) Tajam pemerhatian-Sentiasa Nampak tanda-tanda atau punca-punca dan gejala kecederaan


2) Tidak kasar-Tidak menyakiti orang yang cedera


3) Berakal budi-Jangan memberi kesakitan kepada mangsa


4) Bertimbang rasa-Menghiburkan hati orang yang tercedera


5) Pantas Ikhtiar-Sentiasa menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada disekelilingnya


6) Sentiasa tersenyum-Ini kerana muka yang tersenyum member keyakinan


PENYUBURAN DIRI INSAN GURU


SOALAN TUGASAN:

Sebagai seorang guru, apakah langkah-langkah yang boleh diambil dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sebagai usaha mempererat dan memantapkan perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam sistem pendidikan negara?



1. PENDAHULUAN

Keharmonian hidup di Malaysia menjadi kekaguman di dunia. Usaha memupuk perpaduan yang membawa kepada keharmonian dan keselesaan hidup masyarakat majmuk Malaysia bukan satu yang remeh. Pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyatukan semua kaum yang telah menghasilkan keadaan sedia ada pada hari ini.

            Sistem pendidikan merupakan salah satu kesinambungan yang amat penting sebagai agen dan alat untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian kaum dalam mana-mana Negara di alam jagat ini. Bertitik tolak daripada fakta inilah agenda perencanaan dan perlaksanaan dasar pendidikan sesebuah negara wajib mempunyai komponen dan elemen menyatupadukan rakyat khususnya bagi negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Sebagai seorang guru atau warga pendidik yang berkarisma, maka perlu bagi kelompok ini memainkan peranan yang penting dalam menanam dan menyuburkan nilai-nilai muhibbah, muafakat dan toleransi bagi menjamin keharmonian dan seterusnya kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara ini khususnya kalangan pelajar yang di harap dapat meneruskan perjuangan ke arah mewujudkan perpaduan negara dan bangsa.

2. KONSEP PERPADUAN

            Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar 'padu' , yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan. Bagi kita rakyat Malaysia, yang pelbagai bangsa dan fahaman ini, perpaduan bermaksud kita semua mestilah bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan berunding untuk menjadi satu bangsa yang kuat.

            Matlamat utama negara kita ialah mencapai integrasi, nasional dengan rakyatnya hidup di dalam keadaan aman, damai dan mesra. Konflik antara kaum boleh membawa negara kita kacau bilau, sehinggakan pembangunan negara tidak dapat dijayakan.Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru juga adalah agen kepada keberkesanan dalam menyalurkan erti perpaduan di dalam diri dan jiwa anak didiknya dalam membentuk keluhuran peribadi yang mementingkan satu identiti nasional dalam pelbagai bangsa di Malaysia. Sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.

          Masyarakat ketika ini menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Jika dulu guru terpaksa berhadapan dalam pihak penjajah secara terang-terangan, kini jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional. Oleh itu guru sebagai warganegra mempunyai peranan yang sangat penting dalam mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar agar masyarakat majmuk di Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni walaupun berbeza dari aspek sosial, budaya dan ekonomi antara etnik-etnik.

Langkah-langkah yang boleh diambil dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sebagai usaha mempererat dan memantapkan perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam sistem pendidikan Negara







KURIKULUM

Dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan, guru merupakan agen yang memainkan peranan penting. Langkah-langkah yang boleh di ambil oleh guru dalam bidang kurikulum  bagi memantapkan perpaduan pelbagai kaum dalam sistem pendidikan negara ialah untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya.  Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran  mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan , kemahiran  dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri- ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. Di negara kita, hubungan kurikulum sekolah dengan perpaduan negara adalah rapat. Selain memberi ilmu pengetahuan, kurikulum boleh membentuk keperibadian dan perwatakan pelajar yang baik serta membawa ke arah perpaduan. Pengajaran mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Pedidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Sejarah harus diutamakan. Bahasa Melayu merupakan alat perpaduan bagi menyatukan pelbagai kaum. Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral  ialah mata pelajaran yang dapat mendidik kanak-kanak  menjadi rakyat yang sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama dan   bermoral tinggi. Mata  pelajaran sejarah pula boleh memperkuatkan semangat patriotisme dan menyemai semangat cinta kepada negara di kalangan kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, guru harus membawa pembaharuan dan perubahan dalam kaedah penyampaian semasa mengajar mata pelajaran tersebut, terutama mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral yang tidak diutamakan kerana tidak berorientasikan peperiksaan.Selain daripada mata pelajaran tersebut, mata pelajaran yang lain juga hendaklah diserapkan nilai murni daripada Falsafah pendidikan Negara.  Dengan erti kata lain, semasa mengajar guru harus menonjolkan nilai-nilai murni yang berkenaan.

Guru- guru perlu memberi galakkan murid-murid bersaing secara sihat di mana murid-murid yang cemerlang harus diberi penghargaan yang setimpal manakala murid-murid yang lemah diberi bimbangan yang bersesuaian tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini juga dapat mewujudkan perpaduan kaum, guru-guru membimbing pelajar-pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Guru-guru perlu mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah berdekatan untuk mengenali budaya penduduk setempat. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan, dengan cara ini pelajar-pelajar boleh mengenali budaya pelbagai bangsa di malaysia sekaligus dapat memupuk sifat saling sayang menyayangi, bak kata pepatah ” tak kenal maka tak cinta” maka dengan program lawatan ini pelajar-pelajar dapat mengenali etnik dan budaya bangsa lain, ini dapat memupuk kemesraan antara kaum, etnik dan bangsa.
KOKURIKULUM

Di setiap sekolah, guru perlu merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua pelajar agar boleh memberi manfaat kepada semua kumpulan etnik. Melalui aktiviti yang dijalankan seperti sukan, kelab dan persatuan pelajar akan dapat bergaul dan berdamping dengan pelajar yang berlainan etnik. Guru perlu memastikan pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum dapat menyertai aktiviti yang dijalankan. Pergaulan yang erat ini akan mendorong pelajar untuk menghormati dan menerima adat, agama dan kebudayaan enik yang lain demi kebaikan bersama. Seperti contoh, sukan tahunan yang dijalankan perlu disertai oleh semua murid tanpa membataskan perbezaan agama atau budaya.

Guru juga dikatakan perlu berusaha menjamin perpaduan kaum dengan melaksanakan KBSR, KBSM, serta menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya ketika diadakan kegiatan kokurikulum guru hendaklah memastikan pelajar pelbagai kaum dapat menyertainya. Dalam permainan bola keranjang yang biasa disertai oleh pelajar-pelajar kaum Cina, guru hendaklah menggalakkan pelajar-pelajar Melayu dan India untuk mengambil bahagian. Dalam permainan sepak takraw pula, guru hendaklah menggalakkan lebih ramai bukan Melayu untuk menyertainya.

Kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dan perasaan kekitaan di kalangan pelajar-pelajar daripada pelbagai keturunan dan kaum. Usaha untuk menanam semangat perpaduan merupakan salah satu agenda utama negara. Melalui kegiatan kokurikulum di sekolah, semangat perpaduan dapat dipupuk dan diperkembangkan ke dalam masyarakat.
Aktiviti-aktiviti di dalam kegiatan kokurikulum boleh melatih pelajar supaya bertanggungjawab, berdikari dan berdisiplin. Pelajar-pelajar akan terlatih dengan sifat-sifat tersebut melalui kegiatan kokurikulum di sekolah. Sifat-sifat tersebut perlu dibekalkan kepada pelajar yang merupakan generasi penerus masyarakat akan datang.
Kegiatan kokurikulum yang terdiri daripada aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab dan sukan adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan di kalangan pelajar pelbagai kaum. Sifat –sifat seperti bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari  dan kemahiran dalam sesuatu lapangan akan dapat dipupuk.

Di dalam kegiatan ko-kurikulum ini guru berperanan mengendalikan aktiviti ko-kurikulum  dengan cara yang menarik dan menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif.

Aktiviti-aktiviti seperti latihan kawat, gotong-royong, berkhemah dan  latihan kecemasan  boleh dijalankan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama, keberanian, berdikari, kejujuran, taat setia kepada ketua serta semangat bermasyarakat. Aktiviti sukan diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan perlu dipergiatkan supaya matlamat perpaduan antara kaum dapat di capai.

Melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelab, persatuan dan permainan. Penglibatan ini mengikut kebolehan dan kecenderungan atau minat murid-murid. Maka melalui aktiviti kelab, persatuan dan permainan mereka dapat saling kenal mengenali antara kaum dan etnik, dengan ini dapat mengeratkan silaturahim apabila wujudnya sikap tolong menolong semasa menjalankan aktiviti.

Pihak sekolah pula boleh mengadakan perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah dengan lebih kerap untuk memantapkan corak permainan selain mengeratkan hubungan sesama kaum. Melalui perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah ini pelajar-pelajar lebih didedahkan dengan pelbagai kaum. Etnik dan bangsa, hal ini dapat mewujudkan ukhwah dan hubungan persahabatan antara mereka.






KESIMPULAN

Kesimpulanya Sebagai seorang guru, kita boleh menjadikan bidang kurikulum dan kokurikulum sebagai langkah-langkah dalam usaha mempererat dan memantapkan perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam system pendidikan Negara.
Dengan pelaksanaan pelan integrasi nasional, adalah diharapkan dapat Berjaya merealisasikan cita-cita wawasan 2020, iaitu membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu, bebas merdeka, berakhlak mulia, utuh, toleran daya saing dan cinta Negara.

Sesungguhnya wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dalam semua aspek dan demensi ekonomi, pilitik, social kerohanian, psikolgi dan budaya. Ini bermakna, dengan penubuhan sekolah –sekolah wawasan dan bestari, pelancaran rancangan integrasi murid-murid untuk perpaduan dan pelaksanaan program latihan khidmat Negara, menjelan tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negra yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratif liberal lagi bertoalk ansur, berbudi bahas, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.




RUJUKAN

Abdul Rahman Md Arof. (1999). Pendidkan Moral , Teori, Etika dan Amalan  Moral. Serdang: UPM

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: DBP

Sufean Husin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: DBP























PERPADUAN DI MALAYSIA